Sabtu, 9 Julai 2011

Hidup Ini Harus Diteruskan!!!!

Aku jatuh dan terus jatuh!!!!
Namun aku tetap mendaki...
Mencari sinar yang terselindung di balik awan kelabu....
Manusia umpama duri ... suka mencucuk..
Tetapi mereka alpa setiap luka yang ku terima,
Umpama penawar semangat lama.

Tentang mencari sinar itu, 
Bukan susah, tapi ia adalah teka teki...
Memerlukan ketetapan dan bijak mencaturkan diri...
Kalau tersilap langkah,
Bederailah permata dilantai...

Liuk tari pepohon di taman,
Sudah tahu laluan angin..
Dapat dirasai seperti berdansa di gelanggang tari..
Susunan tari indah bersemi...
Memupuk aku kembali berseri...
Aku.... 
Pada mulanya lemah berdiri...
Namun tongkat sakti  memberi bantuan...
Itulah harapan ayah dan bonda..
Yang kekal bersemi didalam jiwa...
Ianya ceritera namun benar...
Kata - kata pendita tetap ku selitkan...
Mereka jujur... tak pernah  henti mencurah bakti...
Akhirnya aku mencapai GADING BERTUAH..
Lumrah hidup penuh cabaran .... Namun ilmu  jadi panduan
 Ayah bonda menjadi galakan, Setiap kenangan .jadi sisipan...

Kerana itu hidup ini perlu diteruskan~!!!!

Original By: Nizam Khan

Jumaat, 28 Januari 2011

PALSUNYA PERSAHABATAN
by Mohd Nizam Khan on Wednesday, December 9, 2009 at 8:41am
KALAU MANUSIA INI,
MENGENAL AKSARA EJA…
SUDAH PASTI DIA KENAL APA MAKSUDNYA
PABILA KENAL ERTI MAKA KITA TAHU APA RUPANYA…
KITA TAHU APA ITU TEMAN, KAWAN, SAHABAT, RAKAN…
TAPI APA ERTINYA SEMUA BUAT KITA….

LIHAT..LIHAT BETAPA PALSUNYA PERSAHABATAN YG DICIPTA…
MAMPU DIBILANG PAKAI JARI BERAPA KESETIAAN PERSAHABATAN..
BILA DIDEPAN PENUH BERBUNGA INDAH,
HARUM BAK KASTURI MELIMAU..
NAMUN DIBELAKANG BAGAIKAN DURI DITABUR, NAJIS DIPALIT..
BILA DEKAT RIUH BERDEKAH TAWA HILAIAN…
NAMUN BILA JAUH… SUARA SINIS TAJAM MELINTANG.

BILA RAPAT HIRAUKAN KEMISKINAN…
BILA TERPISAH HARTA JADI TARUHAN
BILA BERSAMA ILMU HALAL DIBERIKAN..
NAMUN HAKIKAT PESONGAN DISUAKAN.
KALAU BERSELISIH SIULAN MERDU SI PERWARA,
BILA BERTENTANGAN LAGUAN KODOK DI DENDANGKAN.

APA MAHU AKU HEBAHKAN…..
KEPALSUAN TERHADAP SAHABAT SUNGGUH BERBISA,
NAMUN RAMAI MEMILIH RACUN BUKAN MADU…
MANA LETAKNYA KEBENARAN PERSAHABATAN…
DILINGKARI ONAK DAN RANJAU…
DIHALANG DENGAN SERIBU SATU DUGAAN DAN RINTANGAN…
HANYA YANG SEJATI MAMPU MENDUGA..
KEBENARAN PAERSAHABATAN TIDAK TERKUBUR…
WALAU SEGELINTIR PERJUANG SUCI..

NUKILAN;
NIZAM KHAN

NIKMAT CINTA

NIKMAT CINTA
by Mohd Nizam Khan on Thursday, December 24, 2009 at 10:22pm
Allah memberi setiap insanNya merasa nikmat cinta walaupun ianya seketika......
Walaupun hanya seketika rasa cinta dan rindu itu hadir.. tetap aku rasai penuh nikmat...
Setiap bait puisi dan kata- kata aku hargai sepenuhnya...
Pedih dan sakit hati bila... cinta yang disemai layu ditangkai... bagai dinjak gagak2 kegembiraan.. setiap nafas dihembus merasa kehangatan cinta namun beku diudara.. hanya naluri ini merasa.. tajam duri menusuk dan tiada penawar untuk diubati.. lemah langkah ... tunduk sepi.. terpaku seluruh energi alam... mengapa ini semua terjadi.. remuk hatiku ini bila kata dilafazkan.. aku tidak yakin aku mampu menyempurnakan nafsu cinta, hasrat rindu dan janji kekasih... apa lagi mahu aku katakan.. wlaupun senyuman mampu aku berikan namun ludah darah tetap mengalir...ahhhh. pedih, rungsing.. hati kecil ku berkecamuk.. bagai ada ratusan paluan gong... kenapa2 aku harus menerima segala suntikkan kesedihan ini... Ya Allah kuatkan iman didada ku, teguhkan hati aku dengan segala kekuatan.. mahu saja aku benamkan pisau didada.. biar hilang rasa pedih dihati... biar terhapus rasa cinta... tp semua itu dugaan...ianya hanya ilusi yg membawa kejahilan ... percayalah.... cinta itu anugerah.. bukan semua mampu merasai nikmat cinta sebaik2nya.. biarlah Allah menentukan jodoh yg ditetapkan... Terima kasih kerana memberikan peluang aku merasa kehangatan cinta....

KECANTIKKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA...

KECANTIKKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA...


Mohd Nizam Khan on Sunday, December 27, 2009 at 1:54pm
Allah mencipta jantina untuk memperbezakan lelaki dan wanita...PenciptaanNYA tiada tolok bandingan.. sempurna......TETAPI manusia ini alpa dan dunggu tiada mampu membezakan apa itu itu sifat dan apa itu anugerah... huhu mari luangkan masa anda mengamati "KECANTIKKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA..."

Kecantikkan lelaki bukanlah terletak pada paras rupa atau fizikal, tetapi:

LELAKI YANG CANTIK:-

*mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
*sedia menerima segala teguran
*memberi madu setelah menerima racun
*yang tenang dan lapang dada
*tidak perna kenal erti putus asa

KECANTIKKAN LELAKI BERDIRI DIATAS KEMULIAAN HATI.
SELURUH KECANTIKKAN LELAKI YANG ADA PADA MUHHAMMAD YG UMMIY ADALAH KECANTIKKAN SEMPURNA SESEORANG LELAKI...

Bagaimana pula kegagahan wanita.....

kegagahan wanita bukan pada kepejalan otot atau kehebatan tenaganya, namun pada kekeuatan perasaannya.

WANITA YANG GAGAH:-

*sabar menerima kehilangan
*tabah menanggung rindu setelah ditinggalkan
*tidak meminta agar dipenuhi keinginan
*berdiri diatas keteguhan iman

SELURUH KEGAGAHAN INI BERDASARKAN PADA KHADIJAH YANG EHSAN. SELURUH KEGAGAHAN WANITA INI ADALAH KEGAGAHAN YANG SEMPURNA BAGI SESEORANG WANITA..

Renungkan....

AKU

AKU
by Mohd Nizam Khan on Wednesday, December 30, 2009 at 12:12pm
LAHIRNYA AKU...
BERTAUT TANAH DAN DEBU..
BERSELIMUTKAN EMBUN DAN DIBUMBUNGI AWAN BIRU..
AKU LAHIR.. DISAMBUT KATA2 MAKIAN..

TAPI TANGAN MULIA MENGANGKAT AKU..
JAUH DISUDUT HATI.. TERCETUS PERASAAN GEMBIRA...
DARJAT BERUBAH... DULU WANGIAN PELUH AKU HIDU ..
TP SEKARANG BUNGA SETAMAN AKU NAMPAK..

SEMAKIN HARI SEMAKIN BESAR..
DARI MENIARAP SEHINGGA BELARI..
DIBERI ILMU LEBIH SEGUDANG,
DIAJAR MENGENAL ERTI KAMUS PERADABAN
DIAJAR CARA BUDAYA..
LENGKAP SEGALA YANG DIBERI...

SETELAH DEWASA AKU INGIN MENGEPAK SAYAP PUTIH KU..
JAUH TERBANG DILANGIT TINGGI..
AKU KAGET DAN TERSILAP PERCATURAN..
JATUH MEMUSING HINGGA AKU SEDAR..
AKU SEDANG DILAMBUNG OMBAK LAUTAN NAGA..

AKU YANG SILAP..
TIADA MENYEDAR KETINGGIAN DARJAT.
AKU SEBENARNYA PARASIT YANG HANYA MENUMPANG..
AKU HANYA SEKADAR HIASAN LAMA DI DINDING..
AKU TELAH LAMA DINTINGGALKAN..

AKU SEDAR KESUSAHAN ITU DARI AKU..
KENAPA MENGAPA DARI DULU TUHAN TIDAK MERAMPAS...
KENAPA SEKARANG..
AKU ALPA YANG AKU HANYA SAMPAH...
DIBASUH MENJADI MUTIARA...

PERSAHABATAN

PERSAHABATAN
by Mohd Nizam Khan on Sunday, January 17, 2010 at 12:03am
Persahabatan merupakan satu lumrah yang telah dikunia oleh Ilahi…
Persahabatan didirikan atas satu garisan ketulusan yang penuh dengan erti keikhlasan, kepercayaan, dan kasih sayang…

Persahabatan yang telah tercipta membawa erti yang sangat bermakna…
Tiada apa yang dapat menghalanginya.
Hanya yang akan menentukanya adalah takdir hakiki..

Persahabatan membawa 1001 maksud!!!
Ada yang buruk, ad a yang membawa kebaikkan.
Namun sesetengah manusia tidak tahu menilai
Yang mana kaca atau permata..

Persahabatan merupakan sebuah anugerah yang sepatutnya di hargai..
Persahabatan melebarkan persada siratulrahim.
Permulaan persahabatan memulakan perpaduan.
Yang tidak akan putus dan hancur.

Pershabatan tidak pernah salah…
Kecuali insan itu sendiri yang salah percaturan…
Mengangkat pasir menjadi kan emas,
Menyulam dedaunan kering menjadi sutera,
Menghampar ombak menjadi permaidani…
Siapa yang patut di persalahkan…
Persahabatan tak pernah salah………..
Persahabatan merupakan obor yang menyuluh..
Jangan sesekali membunuh pershabatan……………………….
 ORIGINAL BY:
 NIZANDRIANZ

KERAHMATAN YANG HILANG

KERAHMATAN YANG HILANG = "di ubahsuai dr lirik lagu HUJAN AIR MATA*XPDC*"
by Mohd Nizam Khan on Wednesday, January 27, 2010 at 1:27pm
FIKIRKANLAH LAHIRMU KE DUNIA INI..
SAMPAI AKHIR HAYATMU KEARAH DOSA...
BAGAIMANA.... SIKSAANYA

BAYANGKANLAH SOLATMU TAK PERNAH LENGKAP
SAMPAI BILAH DIRIMU INGIN BEGINI..
ADAKAH... HINGGA MATI...

DALAM HATI TERLINTAS SATU SOALAN
MANA HILANG.... KEINSAFAN

BERINGATLAH MATIMU PENUH AZABNYA
TIADA GUNA UNTUK RASA MENYESAL
KAU DALAM.. KETAKUTAN..

BAYANGKANLAH KUBURMU TAK PERNAH AMAN
SAMPAI BILA DIRIMU MAMPU BERTAHAN
SEBELUM.... DI HISABKAN...

DALAM HATI TERLINTAS SATU SOALAN
MANA HILANG.... KEINSAFAN

MANA HILANG KASIH SAYANG
DIBERIKAN TUHAN PADA KITA INSAN
HINGGA KITA BIAR SAJA
RAHMAT YANG DIBERI MENGHILANG........

Mengemis dalam bayangan

Mengemis dalam bayangan
by Mohd Nizam Khan on Friday, February 12, 2010 at 11:13pm
Bagaikan hidup pengemis jalanan...
menagih simpati... bergaji tpi seperti tidak
kadang mampu.. kadang jatuh..
hidup aku kini hancur umpama batuan kapur..
besar menjadi debuan ...

Aku mula lesu...
terpaksa berkorban jiwa dan raga...
aku terpaksa hipokrit..
berlagu dalam senandung...
mengikut norma alam..
beremas.. ia akan terus emas...
kalu berkarat ia kan akan terus karat

Aku nie tembok jalanan beratus inci
menjadi parasit..
apa ini kenyataan pasir tetap pasir..
dah menjadi lumpur yang kotor di kubang kerbau..
aku perlu bertahan...

aku pengemis dalam bayangan

PEMBODEK BUDI, PENGAMPU BAHASA

PEMBODEK BUDI, PENGAMPU BAHASA
by Mohd Nizam Khan on Friday, February 12, 2010 at 11:24pm
KELMARIN AKU DI NOBATKAN....
PEMBODEK BUDI .... PENGAMPU BAHASA
SERING KALI BERCANGGAH ARUS DENGAN KATA - KATA
SESEKALI MEMATAH HUJAH DALAM BICARA
BERPERWATAKKAN JEBAT ATAU LAKSAMANA HANG TUAH.
BERSIKAP TEGAS DAN BIJAKSANA
SEKADAR MELERAI IKATAN BUNTU..
SEKADAR MENYELESAIKAN GUMPALAN BUNTU..
AKU RELA BEGITU
AKULAH MANUSIA TOMAHAN
MEROBAH KATA DAN DOKTRIN
SEKADAR MEMBERI PERINGATAN CUMA...

AKU TIDAK MENGENAL ERTI ANGGUK..
AKU TIDAK AKUR PADA YANG SALAH..
AKU TIDAK MENGERTI UNTUK MEROBAH WARNA....
AKU TIDAK MENGERTI MENERIMA KEPALSUAN
KERANA TIDAK MAHU DISALAHERTIKAN....

MAAFKAN SHAJA..
AKU TAK PANDAI BERSANDIWARA..
TIDAK PULA BERPURA -PURA
KERANA KESILAPAN TAK PERNAH SUSUT
KERANA KEZALIMAN TIDAK LARUT
AKU TETAP PEMBODEK BUDI ... PENGAMPU BAHASA
KERANA KAU YANG BUTA KEBENARAN..
KERANA KAU YANG MEMALSUKAN KENYATAAN....

KURNIAAN DALAM SAMARAN

KURNIAAN DALAM SAMARAN
by Mohd Nizam Khan on Friday, February 19, 2010 at 8:15am
Kadang - kadang mimpi itu indah bila kecapi...
kadang - kadang realiti itu manis diharungi...
Kadang - kadang mimpi itu takut di dakapi...
kadang - kadang realiti itu kejam di tembusi...

Aku tahu mana kesilapan ku...
aku tahu mana kegagalan ku..
aku tahu setiap juang hidup ku...
aku tahu erti jiwa ku...
aku tahu aku bukan manusia sempurna seperti mereka...

Manusia hanya pandai mentafsir dan mengata..
Tapi hanya DIA menentukan...

Aku tahu aku berbeza tapi bukan pelik
Aku tahu aku istimewa tapi bukan cacat
Aku tahu aku tercipta tapi bukan untuk merosakkan...
Aku tahu aku adalah insan yang dicipta dan bukan diperbuatkan..
Aku tahu bertapa mahalnya aku namun bukan duit jadi taruhan...

Apa salahnya alu sebagai insan yang kekurangan???
Adakah sakit dipandang mereka..
Adakah tuli pendengaran mereka...
Adakah dunggu fikiran mereka????
Apa... apa yang membuatkan aku tak diterima...
Mereka itu lebih aneh... mereka itu lebih kejam... mereka itu lebih menghiris..

Aku hidup penuh bicara...
Kadangkala terfikir sejenak..
mebuka kata hati...
meletak tinggi menggunung..
membenam dalam kedasar..
mengapai tinggi di awangan...
Aku tahu siapa diriku ini..
mengenali setiap inci dalam tubuh ku..
mengenali setiap langkah dan gerak geri...

Aku merasa bangga begini..
kerana aku selalu mencerminkan diri..
Aku tahu manusia itu lemah dengan gayaku..
Aku tahu mereka itu hanya takut bayangan sendiri..
Aku tahu mereka merasa kecil disebelah ku..
Aku tahu mereka rungsing bila ku berkata....
Apalah mereka buatku...
bagi ku mereka hanya debu dijalanan..
bila disapu.. hilanglah mereka...

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...
Aku bersyukur pada mu membeikan aku
 
"KURNIAAN DALAM SAMARAN"

Original BY:
MOHD NIZAM KHAN (ASHFAQUE MIEYA)

APAKAH ITU CINTA

APAKAH ITU CINTA
by Mohd Nizam Khan on Sunday, February 21, 2010 at 4:14am
MANA CINTA YANG KU HARAPKAN???
CINTA BILA DISEBUT RASA MANIS DI HATI...
CINTA BILA DIUNGKAP RASA SEJUK DI JIWA..
CINTA BILA DINIGATI RASA TENANG DI MINDA...
CINTA BILA DIMIMPI MENJADI IGAUAN SETIAP MASA...
CINTA KENAPA PERLU ADA RAHSIA DIANTAR KITA?

KENAPA MASIH ADA KELAM WALAU MENTARI KUSULUHKAN...
CINTA IBARAT LAUT YANG TIADA PENGHUNI....
HANYA BADAI YANG SENTIASA MEMUKUL...
HANYA PEPOHON YANG SENANTIASA MELAMBAI...

APAKAH CINTA INI YANG MAMPU MEMBAHAGIAKAN KU??
ADAKAH CINTA INI YANG MEMBUAIKU SEHINGGA LENA TANPA SEDAR..
ADAKAH CINTA INI MEMBERIKAN KUCUPAN RINDU SEHINGGA MAT I KATA- KATA....
KENAPA CINTA INI HARUS DIBELAH???
KENAPA CINTA INI MASIH BERTEKA TEKI??

AKU KAGET MELENGKAPI DIRI INI....
AKU RUNGSING TERHADAP CINTA YANG MASIH DI AWANGAN....
AKU TAK TAHU ADAKAH CINTA INI CINTA MITOS ATAU CINTA SEJATI....
AKU TAHU ADA BATAS DALAM CINTA INI... AKU TAHU ADA KEPEDIHAN DALAM CERITA INI...
AKU TAHU ADA DURI DI SEBALIK MAWAR YANG MEKAR.... AKU TAHU ADA RACUN DI SEBALIK MADU YANG MANIS...

TAPI AKU BERANI DALAM MENCATUR LANGKAH....
WALAU SUMBANG SENI TARI KU... WALAU RAMPANG JEJAK JALAN KU...
WALAU RONGAK TULANG TEMULANG KU...
AKU HARUS BERJAYA TINGGI DI PUNCAK CINTA.....
BERIKAN CINTA ITU SEIKHLASNYA..............

IKHLAS DARI,
HATI SEORANG PENCARI CINTA...

TOLONG INGATKAN SAYA

TOLONG INGATKAN SAYA
by Mohd Nizam Khan on Tuesday, March 23, 2010 at 7:50pm
TOLONG INGATKAN SAYA ANDAI SAYA TERLUPAKAN TUHAN DALAM KELAPANGAN DAN KESIBUKKAN, DALAM KESENANGAN DAN KESUSAHAN.

TOLONG INGATKAN SAYA JANGAN BIADAB! JANGAN BIARKAN IBU DAN AYAH DILUPAKAN, JANGAN MELUKAKAN HATI DAN PERSAAN MEREKA.

TOLONG INGATKAN SAYA SUPAYA PESAN GURU BUKAN SEKADAR PERINGATAN TAPI PENDIDIKAN BERPANJANGAN..

TOLONG INGATKAN SAYA.. BAHAWA SAHABAT YANG BAIK SENTIASA MEMBERIKAN PERINGATANG GAN MENERIMA TEGURAN

TOLONG INGATKAN SAYA BAHAWA DIRI INI MILIK TUHAN YANG KUASA, KEPADANYA JIWA DISERAHKAN SEGALANYA..

TOLONG INGATKAN SAYA BAHAWA HIDUP INI PERJALANAN DAM KEMBARA UNTUK MENGUTIP MUTIARA MOGA MENJADI BEKALAN DISANA...

"ORANG YANG MENUNJUKKAN KEBAIKKAN KEPADA ANDA ADALAH SAHABAT YANG BAIK, DAN ORANG YANG MENUNJUKKAN KESALAHAN ANDA ADALH SAHABAT YANG SANGAT BAIK" (HUKAMAK)

IBUKU MENTARI INSPIRASI BUAT KU

IBUKU MENTARI INSPIRASI BUAT KU
by Mohd Nizam Khan on Sunday, May 9, 2010 at 3:21am
IBU....
ENGKAU BAK MENTARI.... MENYINARI SEGENAP RUANG,
TIDAK KIRA KECIL ATAU BESAR....
SUSAH ATAU SENANG..... DALAM ATAU CETEK.
ENGKAU REDAHI WALAU PENAT LELAH, LETIH DAN JERIH.

TERUS ENGKAU MELANGKAH MENJANGKAU SEMUA YANG ADA.
MENGHALANG SELURUH MUSUH, MENYINSING LENGAN BAJU...
MERUNTUN HATI SEORANG PEMBUNUH...

LANGKAH MU TAK PERNAH TERHENTI....
WALAU SEKETIKA...
MENCEBURI SEGALA BIDANG....
PAKAR SEGALA PAKAR.....
MENJADI KAMUS KEPADA SEGALA ERTI...
MENJADI RUJUKAN SEGALA KEBUNTUAN.....

CINTA IBU CINTA TERAGUNG...
KASIH IBU KASIH SEJATI....
SAYANG IBU JAUH DARI SEGALA KEPALSUAN......
TIADA APA YANG DAPAT MENGGANTIKAN KERINGAT DAN AIR MATANYA....
IBU ADALAH CINTA AZALI YANG TAK PERNAH PUTUS
DAN SENANTIASA MENJADI DIARI DALAM HIDUP SEORANG INSAN BERNAMA ANAK......

ORIGINAL BY ANAKMU,
MOHD NIZAM KHAN

Hanya Aku

Hanya Aku
by Mohd Nizam Khan on Saturday, June 5, 2010 at 11:43pm
Kata2 itu hanya mgungkit. Aku hanya menerima. Hamburan cacian penuh muntahan hina. Hanya aku mampu membersihkan ia. Adakah bisa aku menyelongkar peti penuh duka dan racun. Mencari sinar yg dicuri. Hanya Aku yg mampu menongkah langit agar bintang2 senantiasa begermerlapan dilangit hitam. Hanya aku insan kamil yg dihimpit dan digigit perasaan hina dan dina.
Orignal by:
NUR AL – HIKAM

DOA HIMPUNAN HIDUPKU

DOA HIMPUNAN HIDUPKU
by Mohd Nizam Khan on Wednesday, June 9, 2010 at 5:53am
Ya Allah, jgn aku dihukum disebabkan kekeliruan yg kulakukan. Ampunkan aku.Lindungilah perjalanan pulangku. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran malapetaka. Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahayaMu. 
Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran. Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu. Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan dan muliakan aku dgn diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta. Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjukMu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

Manusia...manusia

Manusia...manusia
by Mohd Nizam Khan on Sunday, August 1, 2010 at 11:32pm
Mencari sinar dlm kepastian, namun lemas dlm kepalsuan. Meminta jauh dri pembohongan, namun dkt dengan pengkhiatan. Manusia kini alpa yg diri dkt dgn masa yg akhir. Manusia kini dunggu kerana lupa asalnya. 
Kian lama kian lenyap dimamah kenangan. Hanya btumpu pada yg bukan milik kita. Manusia kini tamak haloba. Sudah memiliki emas seguni, mahu segudang. Ilmu kian dilupakan. Ilmu kian dihapuskan. Manusia..manusia. Hidup kita umpama roda. Bputar mgikut keadaan. Kita insan kamil. Ilmu kita, ilmu pinjam. Bukan hak kita. Kenapa manusia itu bgitu dunggu?

KAWAN SEPERTI IKAN DAN AIR

KAWAN SEPERTI IKAN DAN AIR
by Mohd Nizam Khan on Thursday, August 5, 2010 at 4:44am
Kita ditakdirkan tidak berhak untuk memilih siapa ibu dan siapa ayah kita. tetapi kita berhak untuk memilih siapa yang akan menjadi sahabat dalam hidup kita. Harap dalam pemilihan sahabat seharusnya kita berhati-hati. Sebab bunga yang mekar tidak semesti harum baunya,senyuman yang terukir tidak semsti dijanjikan gembira, panas tak bererti api,terang bukan siang semata, gelap bukan sekadar malam. Ingat kwan umpama ikan dan air, namun bukan seperti ikan dan mata kail....

Dugaan Duniawi

Dugaan Duniawi
by Mohd Nizam Khan on Wednesday, October 6, 2010 at 9:58pm
Rencah kehidupan, selalunya diwarnai dgn warna-warna kgembiraan,kesedihan,kejayaan kegagalan dan pelbagai lg spectrum warna. Namun dugaan yg dterima senantiasa bwarna kelam dan kusam. Tiada warna bahagia. Aku bagaikan manusia yg jatuh, bkan skadar jatuh biasa, namun bguling diatas batuan tajam dan jatuh terus kdasar gaung. Mdaki walaupun sakit. Cuba myusur mcari chaya. Dugaan duniawi sungguh berat. Namun ia mgajar erti BERUSAHA.

kata2 guru buat ku...ia menjadi pegangan dan panduan.. ALHAMDULLILLAH

kata2 guru buat ku...ia menjadi pegangan dan panduan.. ALHAMDULLILLAH

Ustazah Anis / 27 July 2007 / 23:20:55

Itulah hikmah institusi ilmu ini, walaupun kita di prtemukan bukan dalam majlis ilmu (kelas), tapi secara tidak formal (melalui persatuan), kita boleh rapat macam dalam keluarga,  blh crite2, gelak2, hal ni tak boleh dapat dalam profesion lain, sbg guru, sekolah adalah rumah kedua saya, segala isinya adalah keluarga saya, kejayaan semua anakmurid adalah kejayaan saya, rasanya tak ada apa lagi yang saya inginkan dalam hidup ini selain kejayaan terus meneruskan dari semua anak murid saya. Semoga Allah memberkati kamu…..

Cikgu Norbaini / 18 SEPT 2007 / 22:44:02

Anakanda Zam,
Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada bulan seindah Ramadhan. Tiada sifat seindah ksabaran. Smoga Allah SWT memberi kekuatan dan ksabaran untuk Zam mghadapi hidup ini. Walau apa pun cikgu yakin yang Zam dpt mgatasi dgn bijak. Doa cikgu bersama…

Ustazah Anis / 7 OCT 2007 / 17:55:53

Wsl. Zam, 4 your info, the memories of yesteryears especially regarding the success of my students and the sweet memories with them actually are the most precious gift 4 a teacher, don’t worry I’ll b always praying 4 your success in this world and the hereafter….


 Cikgu Baini / 9 OCT 2007 / 09:30:00

Aslmkum, msg zam tempoh hari dah ibu trima…
Terima kasih. Skurang2nya ibu blh bsyukur kpd ALLAH SWT krana zam mjadi anak yang baik. Hidup ini indah penuh ngan warna warni. Hanya kita yg kena pandai mcorakkanya… mcm buat bangunan… apa ciri2 yang kita nak.. doa ibu mgiringi zam…

Ustazah Anis / 19 OCT 2007 / 21:16:59

Aslkm, ptg td saya p 7e, bila tgk bbudak dok keje kat c2,t’ingat kat zam, bsusah payah nak tampung pgajian, saya pun nak tlg namun tak mampu, Cuma doa aje panjatkan, bsbr je byk2…

Ustazah Anis / 22 OCT 2007 / 14:55:45

Kdg2 2 lwak gak, tp nilah special nye ins. Ilmu dan profesion perguruan ini, dlm fasa2 yg blalu seseorg tue boleh jdi guru, murid2, ibu, anak, dan semua orang. Tak lama lagi bila zam dah dapat degree, jdi lah kita antara mahasistua dan mahasismuda / mahasiswa la pulek.. Masa tue kire kosong2 le.. Harap2 zam nmpak la lagi ibu tua yg tgh tggu kpulangan anak nya…

NILAI PERSAHABATAN

NILAI  PERSAHABATAN

Kesunyian pagi ini, aku terjaga dalam kesepian.
Terbayang akan masa gelap yang penuh noda, duka dan derita
Yang saling berganti.
Pahitnya perjalanan hidup ku ini.

Tapi kini..
Aku tak ingin mengulangi kesilapan lalu
Yang lama biarlahlah berlalu
Kejamnya hitam semakin pudar
Putih mulai menguasainya

Aku..
Berharap agar dapat terlepas dari belenggu
Dan bayangan masa lalu..
Cukuplah derita yang aku alami dalam hidup ini

Bayang - bayang hitam yang menghantuiku..
Ku anggap itu hanya gurauan mimipi
Dan ku mengharapkan kehadiranmu
Membawa seberkas cahaya
Yang menyinari relung hati ini,
Dan jauhi dari sifat putus asas..
Jauh dari segala keraguan..

Wahai SAHABAT
Engkaulah insan yang tiada tara..
Semoga abadi pertalianan ini
Walau laut itu merentang,,
Erti persahabatanmu tiada terbatas.

Original by:
MOHD NIZAM KHAN

INTERLOK

Interlok: Adakah salah mengunakkan frasa yang tepat yg telah berkurun lama tersimpan??Bagi saya Perkataan "PARIA" merujuk pada imigrasi serta tahap kasta bangsa itu sendiri.. Malahan perkataan itu turut di gunakan oleh masyarakat mereka itu sendiri...
Perkataan ini bukanlah untuk menghina.. tpi itulah kata asal.. Kenapa tidak dari dulu lagi menghapuskan frasa tersebut.. kenpa baru sekarang nak ternadah.... bukankah itu juga telah di war2kan dlam buku SEJARAH TAMADUN DUNIA pada muka surat 62 dan 63...