Jumaat, 28 Januari 2011

DOA HIMPUNAN HIDUPKU

DOA HIMPUNAN HIDUPKU
by Mohd Nizam Khan on Wednesday, June 9, 2010 at 5:53am
Ya Allah, jgn aku dihukum disebabkan kekeliruan yg kulakukan. Ampunkan aku.Lindungilah perjalanan pulangku. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran malapetaka. Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahayaMu. 
Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran. Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu. Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan dan muliakan aku dgn diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta. Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjukMu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan