Jumaat, 29 Jun 2012

Ba.. gelaran Ayahku....

Ba....itu gelaran ayahku...
Setiap orang ada gelaran ataupun 

panggilan untuk ayah..
Walid.. ayah... pa...papa... daddy...
Aku memanggil beliau dengan sebutan BA...

Ba.. walaupun jauh untuk cek jelaskan..
Tapi cek harap angin dapat sampaikan surat hati ini...
Walaupun cek bukan lah anak yang baik dan berjaya...
Ba tetap berada sebagai tongkat sokongan....
Tetap memberi walupun tidak meminta...

Ya Allah aku bersyukur dengan kurniaan mu..
Memberikan peluang untuk merasa erti keluarga...
Engkau membuka peluang untuk aku berayah...
Sebab engkau kurniankan BA untuk aku...
Tiada bapa atau ayah yang senantiasa menitis air mata.. 
bila anaknya menangis... 

BA.... cek akan cuba membanggakan ba......
Cek akan buktikan yang cek merupakan pilihan yang tepat...
Ba terima kasih kerana terima cek sebagai seorang anak...
TERIMA KASIH BA!!!
 


Ahad, 29 April 2012

RAPUHNYA JIWA


Hilang...hilang...kian hilang...
Mana semangat yang dulu marak berapi....
Kemana diri yang sebenar??
Terpadam kerna hujan yang lebat... 

Tidak dapat ku bendung..
Tiada dapat ku selindung..
Dari Mu Ya Allah...
Menangisi setiap doa yang dihulurkan..
Aku terasa semakin lemah..
Kerdil jika dilihat akhlakku ini..
Ya Allah Kuatkan hati hambaMu ini....
Ya Allah hambaMu ini mengerti...
Doaku ku hulur bukanlah sebagai penjamin..
Untuk mengubah takrif kehidupan.. 
Tetapi usaha juga yang diperlukan... 

Ya Allah Kuatkan Kediri hambaMu ini..
Tanamkan semangat baru dalam hidupku ini...
Ya Allah teguhkan pendirian ku yang kian rapuh...
Ya Allah kepadaMu tempat hamba yg hina ni....
Menyembahkan segala persaan dan doa....

 Amin amin Ya Robbal Izzati....  


RAPUHNYA JIWA:
MOHD NIZAM KHAN 

LEMBAYUNG NEGARA CITRA MAHKOTA


LEMBAYUNG NEGARA CITRA MAHKOTA

Tuanku Berdua,
Laksana Lembayung Negara Citra Mahkota,
Teragung Berdaulat Mencemar Duli,
Tulus Jiwa Tiada Gambaran,
Ikhlas Sayangkan Rakyat Jelata,
Walaupun Bertahta Di Pancapersada,
Namun Hati Tiada Gah Berbangga,
Tiada Mengira Warnanya Nigrat,
Menjalin Keakraban Santun Kedamaian,
Memupuk Kemesraan Susila Keharmonian,
Merwarnai Perpaduan Satu Kegemilangan.

Kuning Diraja Pangkatnya Darjat,
Warna Tersohor Agung Berdaulat,
Menjadi Lambang Kedaulatan Negara,
Biarpun Mengalir Nigrat Dalam Tubuh,
Namun Jiwa Rakyat Abadi Tersemat Dalam Kalbu,
Keagungan Yang Dimiliki,
Disaluti Dengan Ketulusan,
Senantiasa Mekar Di Sanubari,
Menjadi Kuntuman Mewangi.

Kebijaksanaan Tuanku Berdua Tiada Terperi,
Laksana Jauhari Nan Bestari,
Keperibadian Tuanku Berdua Menyentuh Sanubari,
Terbukti Sudah Di Masa Kini.
Dibawah Naungan Tuanku Berdua,
Patik Kalian Berdiri,
Tuanku Berdua Penaung Yang Dihormati,
Penaung Yang Disayangi.

Simbolik Diri Tuanku Berdua,
kebanggaan Patik Kalian,
Kedaulatan Tuanku Berdua Memayungi Negara,
Dibawah Kibaran Panji Kebesaran,
Patik kalain Menjunjung Dibawah Duli,
Berganding Sama, Bersatu Hati....

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

SEBUAH SAJAK KHAS YANG DICIPTA DAN DIDEKLAMASIKAN DIBAWAH NAUNGAN TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI AL-MARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULIAIL YANG DIPERTUAN AGONG XII MALAYSIA

Khamis, 26 April 2012

NERAKA BENCI

Hahaha..
Ketawa halus, tetapi sinis bunyinya,
Senyuman manis, tetapi racun berbisa,
Depan bertutur senada,
Namun rampak tersumbang,
Itulah nota permula cerita.

Gunung harapan berkecai sudah, 
Tetap aku mendaki jua..
Tetap aku mempotret jua..
Namun kerja itu sia-sia.. 
Kerna pertualang sedang menari gembira...

Pucuk muda habis dicantas,
Membiarkan dahan tua mengila,
Akhirnya biar lalu di mamah cuaca,
Biar hapus ditiup zaman.

Namun aku umpama musuh dan ancaman,
Umpama parasit dan bakteria berbahaya...
Dikata Menduakan RABBUL IZATTI.. ALLAH YANG ESA...
Kenapa maraknya NERAKA BENCI???

Aku insan kerdil lagi hina dan dina...
Ya Allah jagalah hati dan keimananku...
Amin... amin Ya Robbal Alamin...

INSAN TIDAK SEBARIS:
MOHD NIZAM KHAN... 

Khamis, 5 April 2012

Kisah dimalam hari 31/3/2012 11:57

Rupanya kita masih tk sehaluan,Tiada persamaan....
Walau sama spesisnya..Sama gelaran tapi tidak sedarjat..
Rupanya ngko hebat berpura-pura..
Tawa manis mu hanya lakaran sahaja..
Tangis mu hanya lakonan sahaja...

Setiap kesusahan mu aku tangisi..
Setiap kesenangan aku raikan...
Sanggup aku korbankan maruah, 
Untuk pudarkan egomu,
Sanggup aku korban harta...
Tika mu dalm keperitan...

Apa yang aku dapat.. 
Hanya sindiran dan cacian...
Aku merasa kepedihan dan keperitan keluargamu..
Aku cuba untuk memenuhi kehidupan mu...
Namun masih belum kepuasan dihatimu...
Terima kasih SAHABAT KU KERANA MENYEDARKAN AKU!!!!

PENUH SESALAN... KENAPA AKU???

MOHD NIZAM KHAN 

Sabtu, 9 Julai 2011

Hidup Ini Harus Diteruskan!!!!

Aku jatuh dan terus jatuh!!!!
Namun aku tetap mendaki...
Mencari sinar yang terselindung di balik awan kelabu....
Manusia umpama duri ... suka mencucuk..
Tetapi mereka alpa setiap luka yang ku terima,
Umpama penawar semangat lama.

Tentang mencari sinar itu, 
Bukan susah, tapi ia adalah teka teki...
Memerlukan ketetapan dan bijak mencaturkan diri...
Kalau tersilap langkah,
Bederailah permata dilantai...

Liuk tari pepohon di taman,
Sudah tahu laluan angin..
Dapat dirasai seperti berdansa di gelanggang tari..
Susunan tari indah bersemi...
Memupuk aku kembali berseri...
Aku.... 
Pada mulanya lemah berdiri...
Namun tongkat sakti  memberi bantuan...
Itulah harapan ayah dan bonda..
Yang kekal bersemi didalam jiwa...
Ianya ceritera namun benar...
Kata - kata pendita tetap ku selitkan...
Mereka jujur... tak pernah  henti mencurah bakti...
Akhirnya aku mencapai GADING BERTUAH..
Lumrah hidup penuh cabaran .... Namun ilmu  jadi panduan
 Ayah bonda menjadi galakan, Setiap kenangan .jadi sisipan...

Kerana itu hidup ini perlu diteruskan~!!!!

Original By: Nizam Khan