Aku jatuh dan terus jatuh!!!!
Namun aku tetap mendaki...
Mencari sinar yang terselindung di balik awan kelabu....
Manusia umpama duri ... suka mencucuk..
Tetapi mereka alpa setiap luka yang ku terima,
Umpama penawar semangat lama.
Tentang mencari sinar itu,
Bukan susah, tapi ia adalah teka teki...
Memerlukan ketetapan dan bijak mencaturkan diri...
Kalau tersilap langkah,
Bederailah permata dilantai...
Liuk tari pepohon di taman,
Sudah tahu laluan angin..
Dapat dirasai seperti berdansa di gelanggang tari..
Susunan tari indah bersemi...
Memupuk aku kembali berseri...
Aku....
Pada mulanya lemah berdiri...
Namun tongkat sakti memberi bantuan...
Itulah harapan ayah dan bonda..
Yang kekal bersemi didalam jiwa...
Ianya ceritera namun benar...
Kata - kata pendita tetap ku selitkan...
Mereka jujur... tak pernah henti mencurah bakti...
Akhirnya aku mencapai GADING BERTUAH..
Lumrah hidup penuh cabaran .... Namun ilmu jadi panduan
Ayah bonda menjadi galakan, Setiap kenangan .jadi sisipan...
Kerana itu hidup ini perlu diteruskan~!!!!
Original By: Nizam Khan
Ya harus di teruskan,
BalasPadamjangan berhenti,
agar tidak menjadi penghalang jalanan,
Kerana laluan seterusnya
dipenuhi misteri.
Terima kasih tuan
BalasPadam